RESEPI CUPCAKE

 

JENIS-JENIS DESSERT

 • Dessert Sejuk – Pencuci mulut yang dihidang sejuk, antara contoh dessert sejuk ialah jenis kek, puding, jeli atau agar-agar, mousse, ais krim, pan cake dan sebagainya.
 • Dessert Panas – Pencuci mulut yang dihidang panas, antara contoh dessert panas ialah, puff pastry, pai, danish, pastry lapis, cookies dan sebagainya.

RESEPI CUPCAKE COKLAT


Bahan-bahan A:
 • 1 cawan minyak masak
 • 1 cawan susu cair
 • 1/2 cawan susu pekat
 • 1 cawan serbuk koko
• 1 cawan gula

Bahan-bahan B:
 • 1 1/4 cawan tepung gandum
 • 1 sudu kecil soda bikarbonat
 • 1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan C:
 • 1 sudu kecil esen vanilla
 • 3 biji telur gred A
 • Coklat chip

Cara-cara:
1. Satukan bahan-bahan A di dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana.
2. Kacau sehingga tidak berketul. Tutup api dan biarkan sedikit sejuk.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji selang setiap seminit ke dalam bahan A tadi. Pukul sebati.
4. Masukkan pula bahan-bahan B yang sudah diayak. Gaul sebati.
5. Kemudian masukkan esen vanilla dan gaul lagi sehingga sebati.
6. Sendukkan adunan ke dalam papercup, taburkan coklat cip.
7. Sedia untuk dikukus sehingga masak. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

RESEPI CHEESEKUT

                                                                           resepi che nom Kali ni Che Nom nak buat satu dessert iaitu cheese...