PENGENALAN

 

Alhamdulillah,syukur ke hadrat iilahi kerana saya dapat berkongsi pengalaman saya di dalam blog ini.Blog ini lebih kepada pengalaman saya menjelajah pemakanan di malaysia.InsyaAllah saya akan pastikan blog ini sentiasa dipenuhi dengan perkongsian menarik yang mampu memberi manfaat kepada pembaca semua.Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu.

 Nama saya Auni Afifah Bt Mohd Salleh, saya lebih mesra dipanggil Auni . Saya lahir pada 27 januari 2003 dan kini saya berusia 20 tahun.Saya tinggal di Sungai Petani,Kedah.Saya merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik  beradik.Ayah saya , Mohd Salleh Bin Zainol merupakan pesara tentera laut manakala inu saya Rosiah Bt Ahmad merupakan seorang suri rumah.

   


 Saya memulakan Pendidikan saya di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani selama 6 tahun dan Alhamdulillah saya  mendapat keputusan 2A1B2C dalam UPSR.Kemudian saya menyambung pembelajaran saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Kini,saya merupakan seorang pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah(POLIMAS)Jitra,Kedah.Saya merupakan pelajar semester ke-5 bagi jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik.Saya berazam untuk menjadikan POLIMAS sebagai tempat saya menebus keputusan saya untuk menjadi orang yang berjaya.Itu merupakan sedikit sebanyak kisah kehidupan saya sepanjang hidup saya.





No comments:

Post a Comment

RESEPI CHEESEKUT

                                                                           resepi che nom Kali ni Che Nom nak buat satu dessert iaitu cheese...